Kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian untuk Pusat Internet (Pembentangan Rancangan Perniagaan)

9 September 2018 | Aktiviti Terkini

Sepanjang 08 September 2018, UiTM telah menganjurkan Kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian untuk Pusat Internet bagi fasa yang ke-3 iaitu pembentangan rancangan perniagaan. Sebanyak 8 Pusat Internet iaitu dari Miri dan Bintulu telah menyertai kursus ini iaitu PI RPR Permyjaya, PI Kg. Lambir, PI Kg. Luak, PI Bekenu, PI Niah Suai, PI Sibuti, PI PPR Bandaria Park dan PI Sg. Asap.

Kedua-dua Pengurus dan Penolong Pengurus menghadiri kursus ini. Mereka membentangkan samada rancangan perniagaan sendiri atau rancangan perniagaan usahawan kecil yang bertujuan untuk mendapatkan modal pinjaman kepada pemberi pinjaman untuk membuka atau memperbesarkan lagi perniagaan.

Antara tajuk yang dibentangkan ialah plan pentadbiran, plan pemasaran, plan operasi dan plan kewangan. Kesemua tajuk telah dipelajari oleh Pengurus dan penolong pengurus Pusat internet sewaktu menghadiri kursus fasa satu (1) dan dua (2).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali